Wednesday, 9 July 2014
Tuesday, 8 July 2014
Motivasi Diri: Paling Berkesan Daripada Diri Sendiri
Kita selalu bercakap mengenai motivasi. Sebenarnya motivasi paling berkesan adalah daripada semangat, kehendak, keinginan dan usaha daripada diri sendiri. kita sering mendengar ceramah motivasi atau ada di kalangan kita merupakan penceramah motivasi. Itu merupakan bimbingan dan panduan kita. Namun, jika tiada azam, usaha dan iktikad diri untuk membuat perubahan ke arah kecemerlangan dalam apa sahaja bidang maka sudah tentu semuanya menjadi angan-angan semata.
Cahaya Penunjuk Jalan |
Motivasi yang paling berkesan adalah daripada diri sendiri. Ini kerana motivasi daripada diri sendiri disertai dengan usaha yang dikawal sendiri oleh seseorang individu. Syaratnya mesti dilaksanakan dengan minda yang terbuka dan positif. Halangannya adalah tiada matlamat hidup, berfikiran negatif, tiada keyakinan, tidak percaya kepada diri sendiri,mengkritik diri sendiri dan menyalahkan orang lain. Perkara negatif inilah yang menyebabkan kegagalan dalam mencapai kecemerlangan dalam hidup. Oleh yang demikian, sama-samalah kita membina motivasi daripada kehebatan diri sendiri yang penuh dengan potensi yang tersembunyi.
Subscribe to:
Posts (Atom)